21 Disember 2023 – Seminar Halatuju AI Negara, anjuran Majlis Dekan-Dekan ICT (MaDICT), telah diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri UTM. Seminar ini bertujuan untuk membincangkan potensi, halatuju, dan keperluan bakat Kepintaran Buatan (AI) bagi memenuhi aspirasi negara dalam bidang tujahan ini.
Seminar dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi MaDICT, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, dan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik KPT, Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden.
Di antara pembentang seminar ialah Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim (TNCAA UTM), Prof. Madya Dr. Naz’ri Mahrain (Task Force Fakulti AI), Dr. Uswah Kamarudin (CAIRO), Ts. Hj. Nik Naharudin Mohd Nasir (Pengarah Bakat Digital MDEC), dan Victor Lo (Ketua Ekosistem Teknologi Digitl MDEC). Di antara tajuk yang dibincangkan adalah peranan Fakulti AI (FAI) dalam konteks pembangunan bakat dan inovasi AI, peranan Universiti Awam dalam konsortium FAI, keperluan bakat AI negara, dan perkembangan industri AI.
Seminar ini dihadiri oleh Dekan dan wakil Dekan ICT universiti awam (UA) dan Goverment Linked University (GLU). Semoga seminar ini membantu UA dan GLU dalam pembangunan bakat dan inovasi AI negara dan seterusnya merealisasikan hasrat negara dalam menerajui ekonomi digital di rantau ini.