JK/TF MaDICT

JK/TF MaDICT TASK FORCE SEMAKAN PROGRAM STANDARD, MAJLIS DEKAN ICT (MaDICT)

SENARAI KEAHLIAN

Penasihat
a. Pengerusi Majlis Dekan ICT (MaDICT)
b. Timbalan Pengerusi Majlis Dekan ICT (MaDICT)

Pengerusi
a. Ahli MaDICT (berjawatan Dekan) yang dipilih dan dipersetujui oleh MaDICT
Ahli
a. Ahli MaDICT dari Universiti Awam (UA) dan Government-Linked Universities (GLU)
b. Wakil-wakil UA dan GLU yang dicadangkan oleh Dekan masing-masing.
Setiausaha – Pegawai Pengurusan dan Profesional yang dipilih oleh Pengerusi dan dipersetujui oleh Pengerusi MaDICT

FUNGSI UTAMA TASK FORCE SEMAKAN STANDARD PROGRAM

  • Membantu MaDICT dalam membuat semakan terhadap Standard Program yang terkini (termasuk perubahan/addendum) dari segi kebolehlaksanaan tanpa menjejaskan kualiti program akademik yang terlibat.
  • Menggembleng kepakaran UA dan GLU bagi membantu pihak penggubal Standard Program dalam memastikan liputan kurikulum terhadap bidang-bidang tujahan semasa dan masa hadapan diambil kira.
  • Menyediakan laporan yang berstruktur dan berfakta bagi pertimbangan MaDICT untuk dipanjangkan kepada pihak penggubal Standard Program.
  • Menggalakkan perkongsian berkaitan Standard Program dan kualiti program akademik bagi bertukar pandangan dan amalan terbaik di kalangan ahli-ahli MaDICT.
Scroll to Top